Hari ni 1 may 2014...dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari pekerja buat warga pekerja khusunya.Tak kiralah apa juga profesion anda samada kerja di office mahupun sebagai buruh kasar asalkan anda bekerja maknanya hari ni adalah hari untuk anda.Memandangkan hari ni adalah cuti umum aku yakin ramai yang free untuk bawa keluarga keluar beriadah,jadi sementara menunggu bini or girlpren korang bersiap bolehlah baca ulasan ringan dan santai aku ni....
Genaplah seminggu dari tarikh keramat pembatalan show Kreator pada minggu lepas.Apa yang aku tulis ni bukanlah sebuah analisa atau cuba nak jadi heroes dalam satu2 isu cuma sekadar meluahkan beberapa kekesalan aku terhadap apa yang berlaku.Siapa salah dan siapa benar masih lagi dalam persoalan yang nampak gayanya macam sudah tidak berpenghujung.Satu kem menuding jari pada organizer manakala satu kem lagi menyalahkan segala pembatalan ini kepada pihak berkuasa...tapi apa yang nyata 'main point'masih tiada lagi berjawab...yang pasti selepas Dark Funeral juga Sepultura maka kini giliran lagenda yang terkenal sebagai jolokan 'teutonic king'ini pula mengisi slot nama2 besar yang gagal beraksi di Malaysia.
PEMBELIAN PRE-SALE
Melihat komen2 yang terdapat dilaman sosial berkenaan pembatalan show ini aku tertarik dengan satu komen yang mengatakan "mengapa masih ada yang percaya pada pembelian tiket pre sale sedangkan kita tahu di Malaysia ini bermacam2 perkara boleh berlaku yang menyebabkan anda boleh kehilangan deposit pembayaran"....
Ok,untuk pengetahuan korang yang aku adalah antara pembeli tiket pre-sale,aku setuju dengan
dengan apa yang dikatakan oleh si pemberi komen tu.....NAMUN ini bukanlah bermakna kami pembeli pre-sale ini berfikiran lurus bendul dan suka2 nak bagi duit pasti ada sesuatu yang positif pada mata kami yang menyebabkan kami berani mengeluarkan duit pada pembelian awal.
Jika nak disamakan Demigod Record (organizer yang membawa Kreator) dengan Vokill Rec (penyagak yang bertanggungjawab terhadap tour Dark Funeral) adalah sesuatu yang tidak wajar.Vokill Rec terang lagi bersuluh memang nak songlap duit sehingga sanggup membiarkan Dark Funeral terkapai-kapai tak tahu apa nak buat ketika di Sabah (klik SINI ) namun berbeza dengan yang satu ni dimana Kreator telahpun selamat tiba di Kuala Lumpur dan sudah selesai sound check dan hanya menunggu masa untuk beraksi.Jadi dalam kes ini ia bukan satu penipuan..
SALAH SIAPA??
Ini adalah soalan yang paling kerap bermain disetiap bibir penggemar kumpulan Kreator di Malaysia,ada yang menyalahkan organizer dan ada yang menuding kepada pihak berkuasa.Penganjur mengambil sikap diam diri pada hari kejadian,tanpa sebarang announcement di event page dan hanya mengeluarkan official statement pada keesokan harinya....seperti biasa organizer menyatakan bahawa pembatalan itu berlaku kerana aduan orang ramai terhadap show berkenaan,dan ditambah dengan mentaliti orang awam yang sentiasa negatif membuatkan hal semakin rumit dan tak mampu diteruskan....itu kata organizer lah...tapi nak dituduh semua masalah ni pada pihak berwajib pun adalah sesuatu yang agak tidak wajar kerana jika benar ada aduan dari orang ramai maka mereka datang untuk menyiasat mengikut aduan bukan datang untuk mintak duit perlindungan...jika tidak takkanlah pihak berkuasa memberi 3 option kepada organizer iaitu
Aku jadi tertanya2...pihak organizer menyatakan bahawa mereka memilih untuk membatalkan show ini hanya kerana tidak mendapat mencari venue gantian (mereka memilih venue KL Live,Bentley Hall dan Blackbox di Solaris namun ketiga2 venue ini telah penuh jadualnya)...disinilah titik kekeliruan aku bermula.
Menurut sumber dari pihak penganjur sendiri mereka telah diberi warning seawal 2 petang lagi,jika show yang sepatutnya berlangsung pada pukul 7 petang ini bermakna mereka masih ada baki 5 jam untuk mencari solusi penyelesaian agar show ini diteruskan.Untuk pengetahuan korang ada berpuluh peminat sudah mula berkerumun di Scandal's Club seawal jam 3 petang lagi...disinilah aku anggap pihak penganjur telah terlepas pandang kerana jika beliau benar2 cerdik sepatutnya beliau boleh memanggil semua peminat yang telah ada di venue untuk memberi buah fikiran dimana harus kita bawa Kreator bermain jika benar 3 lokasi yang dipilih awalnya telah penuh di booking.
Ini kerana dalam puluhan peminat yang ada disitu aku cukup yakin pasti ada seorang dua yang mampu memberi pertolongan dan mencari tempat baru agar Show tetap diteruskan,andaikata bukan di KL sekalipun aku pasti di pinggir2 ibukota seperti kawasan Petaling,Subang mahupun Sunway masih banyak tempat yang boleh digunapakai....kerana seperti yang aku katakan tadi yang masa masih berbaki 5 jam dari waktu arahan pihak berkuasa memberi amaran pada pukul 2 petang.
Apakan daya semua telah berakhir dan segala kebejatan perihal show ini telah diganti dengan sesi meet & greet di Campbell Complex.Aku menuju kesana juga pada pukul 8 malam,namun bukan bertujuan untuk meet & Greet dengan Kreator tetapi hanya untuk berjumpa dengan Aziz (Metalzone Distro) bagi mengambil baju yang telah aku tempah.....balik rumah buka tv terus layan pentas kilauan emas..damn!!!

- Jika meneruskan juga persembahan mereka akan menyaman organizer dengan satu angka amaun yang besar...peminat dan band berkebarangkalian besar akan ditahan.
- Organizer boleh meneruskan show ini dengan syarat menukar venue
- Dan pilhan terakhir yang diberi adalah BATAL kan terus show.